Pages

Tuesday 3 June 2014

BISKUT RAYA HAJJAH 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah tidak lama lagi bulan Ramadhan akan tiba. Semestinya kerinduan yang mendalam akan hadirnya bulan Ramadhan ini tidak dapat kita ungkapkan dengan kata-kata. Ramai orang akan membuat persediaan dengan membeli barang-barang keperluan untuk persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tidak lupa juga kepada mereka yang tidak melepaskan peluang untuk berniaga pada bulan Ramadhan ini.

Dengan ini kami daripada Usaha 1 Bumi Enterprise  (U1B) ingin memaklumkan yang kami telah memulakan operasi membuat Biskut Raya pada tahun 2014 ini. Kami telah membuka tempahan kepada para pelanggan yang ingin menempah produk kami. Untuk pengetahuan para pelanggan, pada tahun ini kami telah menambah 1 jenis Biskut Raya terbaru dan telah menambah jumlah pengeluaran selaras dengan permintaan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Kami juga turut  membuka peluang kepada usahawan-usahawan yang ingin mengedar Biskut Raya. Kami turut menyediakan kemudahan kepada pengedar kami seperti sampel biskut raya, borang tempahan dan katalog untuk memudahkan proses jual beli berjalan dengan lancar.

Untuk pengetahuan semua, borang tempahan dan katalog boleh dimuat turun (Download) dengan menekan butang di sebelah kanan blok U1B (www.usahasatubumi.blogspot.com). Akhir sekali, kami menasihatkan kepada para pelanggan sekalian agar membuat tempahan lebih awal sebelum tarikh tutup tempahan.

Sekian terima kasihI

KARIPAP PUSING BEKU DAN BERGEDIL BEKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kami sangat berterima kasih dan bersyukur kerana telah berjaya mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Agama Islam Sabah bagi produk Karipap Pusing Beku dan Bergedil Beku. Selain itu produk kami juga telah mendapat pensijilan 1 Malaysia Best drp FAMA. Kelebihan yang diberikan ini telah mendorong kami untuk meluaskan lagi pasaran produk kami. Kini produk kami telah dipasarkan di sekitar Kota Kinabalu dan Beaufort dan insyaAllah berkat daripada sambutan yang menggalakkan kami akan meluaskan lagi di daerah2 yang lain.