Pages

Thursday 15 December 2011

KARIPAP PUSING HAJJAH (Produk Sejuk Beku)


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Usaha Satu Bumi ini. Hari ini dengan rasminya syarikat kami ingin melancarkan satu lagi produk terbaru kami iaitu KARIPAP PUSING HAJJAH. Produk ini merupakan satu produk SEJUK BEKU yang sesuai dimiliki oleh semua lapisan masyarakat dan sesuai dimakan tidak kira masa dan di mana jua. Karipap Pusing Hajjah mempunyai dua perisa iaitu DAGING dan AYAM.

Karipap Pusing Hajjah ini merupakan satu produk tradisional buatan tangan yang semestinya ditanggung HALAL. Produk ini hanya menggunakan tenaga pakar dalam penghasilannya. proses pembungkusan atau Packaging merupakan suatu proses yang syarikat kami titik beratkan selaras dengan objektif syarikat kami iaitu menghasilkan suatu produk yang berqualiti tinggi.

produk ini telah mula dipasarkan di kawasan Kota Kinabalu dan Beaufort. Kepada penduduk Kota Kinabalu, anda boleh mendapatkan produk ini di  Koperasi Fish Mart dan Tani Mart yang terletak di Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik, Luyang, Off Jalan Maktab Gaya.


Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan telah kami terima dan InsyaAllah kami akan memperluaskan lagi pasaran kami agar produk ini mudah dimiliki tidak kira siapa. 


Packaging Karipap Pusing Hajjah