Pages

Thursday 15 December 2011

KARIPAP PUSING HAJJAH (Produk Sejuk Beku)


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Usaha Satu Bumi ini. Hari ini dengan rasminya syarikat kami ingin melancarkan satu lagi produk terbaru kami iaitu KARIPAP PUSING HAJJAH. Produk ini merupakan satu produk SEJUK BEKU yang sesuai dimiliki oleh semua lapisan masyarakat dan sesuai dimakan tidak kira masa dan di mana jua. Karipap Pusing Hajjah mempunyai dua perisa iaitu DAGING dan AYAM.

Karipap Pusing Hajjah ini merupakan satu produk tradisional buatan tangan yang semestinya ditanggung HALAL. Produk ini hanya menggunakan tenaga pakar dalam penghasilannya. proses pembungkusan atau Packaging merupakan suatu proses yang syarikat kami titik beratkan selaras dengan objektif syarikat kami iaitu menghasilkan suatu produk yang berqualiti tinggi.

produk ini telah mula dipasarkan di kawasan Kota Kinabalu dan Beaufort. Kepada penduduk Kota Kinabalu, anda boleh mendapatkan produk ini di  Koperasi Fish Mart dan Tani Mart yang terletak di Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik, Luyang, Off Jalan Maktab Gaya.


Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan telah kami terima dan InsyaAllah kami akan memperluaskan lagi pasaran kami agar produk ini mudah dimiliki tidak kira siapa. 


Packaging Karipap Pusing Hajjah

Thursday 16 June 2011

LOKASI OPERASI DAN PROSES PEMBUATAN SAMPLE BISKUT RAYA HAJJAH


Sekitar kawasan operasi


Bahan chocolate yang digunakan 


Proses pembuatan



  Proses pembungkusan sample


 Pembungkusan untuk tempahan

Tuesday 7 June 2011

KATALOG BISKUT RAYA HAJJAH

BISKUT RAYA HAJJAH

Tahun 2011 merupakan tahun bersejarah bagi Usaha 1 Bumi Enterprise (U1B) kerana telah melancarkan jualan besar-besaran Biskut Raya Hajjah hari raya bagi diedarkan di seluruh negeri Sabah. Pelbagai sample biskut raya telah pun diedarkan oleh pengedar-pengedar yang berdaftar. 

U1B amat mementingkan kualiti dalam menghasilkan produk biskut raya. Bahan-bahan yang digunakan kesemuanya adalah berkualiti tinggi terutamanya bahan-bahan seperti dark chocolate  dan white chocolate. Begitu juga dengan packaging, U1B sentiasa memastikan produk biskut raya dalam keadaan yang baik dengan menggunakan packaging yang terbaik disertakan dengan sticker bagi memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat lanjut.


Selain itu, U1B juga sentiasa memastikan kebersihan ketika proses penghasilan sehinggalah produk tersebut sampai kepada pelanggan. Bagi memastikan kebersihan tersebut, U1B telah mewajibkan tenaga pekerja memakai penutup kepala. Kawasan operasi juga sentiasa dalam keadaan yang bersih dan selesa. 


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Sarina Haji Sarni di talian 016 843 6990.